Khamis, 5 Mei 2011

0
Komen

KATA-KATA CINTA ISTIMEWA UNTUK LELAKI


Seorang pencinta yang terbaik adalah sahabat yang terhebat. Jika kamu mencintai seseorang, jangan berharap bahawa seseorang itu akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya. Salah seorang daripada kamu akan memberi lebih dan kamu perlulah berkorban andainya kamu yang perlu memberi lebih. Begitu juga ada yang akan mencari dan ada yang menanti.

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta walaupun mungkin akan menyebabkan kamu sakit dan menderita, jika kamu mengikut kata hati kamu pasti dapat menghadapi sebarang kemungkinan. Lebih baik kamu menangis kerana putus cinta daripada kamu menangis kerana tidak pernah memberi dan menerima cinta dalam hidup kamu.

Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang dari bibir dan lidah atau fikiran melainkan dari HATI.

Ketika kamu mencintai seseorang, jangan mengharapkan balasan kerana jika tidak, kamu bukan mencintainya tetapi membuat satu pelaburan dalam hidup.


Jika kamu mencintai, kamu harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kamu mengharap kebahagiaan, kamu bukan mencintai melainkan memanfaatkan.

Lebih baik kehilangan harga diri dan egomu bersama seseorang yang kamu cintai daripada kehilangan seseorang yang kamu cintai, kerana egomu yang tak berguna itu.

Sangat sukar bagi pasangan yang mencintai satu sama lain tetapi berlainan dunia untuk bersama, namun apabila kedua dunia ini dapat disatukan itulah yang disebut KEAJAIBAN CINTA.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga akan mati kala musim berganti, cintailah mereka seperti angin, sebab angin bertiup selamanya.

p/s: Thanks to Google for the pixca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...